The Kaya Raya Podcast By The Financial Coconut cover art

The Kaya Raya

The Kaya Raya

By: The Financial Coconut
Listen for free

About this listen

The Kaya Raya adalah sebuah audio siar yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kewangan para pendengar dengan membincangkan topik dan isu-isu yang menarik berkaitan pelaburan dan pengurusan kewangan yang selaras dengan hukum Syariah. Audio siar ini menampilkan jemputan khas seperti para-para pelabur yang berpengalaman, pakar-pakar kewangan dan juga usahawan-usahawan terkemuka.

Antara kandungan utama yang dikongsikan di dalam perbincangan audio siar ini adalah mengenai pelaburan saham, hartanah, emas, insurans, belanjawan dan juga perancangan untuk persaraan.

Audio siar ini juga menyiarkan kisah jatuh bangun para usahawan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pendengar untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak demi mencapai gaya hidup yang lebih selesa serta bebas dari belenggu kewangan.

Dengarkan kami setiap minggu untuk mempelajari sesuatu yang baharu!

Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

Copyright 2024 All rights reserved.
Economics Islam Personal Finance Spirituality
Episodes
  • Membina Wakaf Anda, Mempengaruhi Generasi [KR 10 ft Pakar Kewangan Islam & Pengurusan Harta Wakaf]
    Jan 20 2025

    Jangan lepaskan episod informatif ini yang membincangkan cara anda boleh memberi impak berkekalan kepada masyarakat melalui Wakaf. Episod ini membuka mata tentang bagaimana institusi Wakaf terus relevan dalam dunia moden dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada generasi akan datang.


    Tetamu istimewa kami:


    • Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Senior Partner, Dentons Rodyk & Davidson, Global International Law Firm - pakar dalam kewangan Islam


    • Ustaz Hamrey Mohamad, pakar dari Wareesan Management (Waris Group) dengan pengalaman luas dalam pengurusan harta Wakaf


    Topik menarik:

    • Penjelasan mendalam tentang konsep Wakaf dari perspektif moden

    • Perbezaan antara Wakaf, Wasiat dan Amanah

    • Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) - satu inisiatif baharu yang mengubah landskap

    • Impak positif Wakaf kepada masyarakat Islam Singapura


    #Wakaf #LegacyPlanning


    Ikuti The KayaRaya Podcast bersama hos Tysha Khan dan Salihin Samsuddin dari RizqX dan Islamic Finance Singapore


    Perabot kami ditaja oleh Planet Plus SG - Untuk tawaran yang hebat, layari website https://www.facebook.com/PlanetPlusSG/


    Dengar kami di Spotify: https://open.spotify.com/show/20EBbOoSSSQRSr8JdbGVWy


    Follow kami di:

    IG https://www.instagram.com/thekayaraya/

    TT https://www.tiktok.com/@thekayaraya

    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show more Show less
    46 mins
  • Membina Kekayaan Berterusan untuk Generasi, Takaful [KayaRaya 09 ft Maybank Islamic Wealth Management Singapore]
    Jan 6 2025

    Dalam episod ini, kami membincangkan topik yang sangat menarik tentang pembinaan kekayaan yang berkekalan untuk generasi akan datang. Bersama kami ialah tetamu istimewa, Ustaz Haron Mas Hassan, Islamic Wealth Management (IWM) Lead Maybank SG, seorang pakar kewangan Islam dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan harta.


    Antara perkara yang dibincangkan:

    • Definisi sebenar "kekayaan" dari perspektif Islam

    • 5 fasa penting dalam pembinaan dan pengurusan harta

    • Perbezaan antara insurans konvensional dan takaful

    • Cara-cara melindungi dan mengembangkan harta secara halal


    Ingin tahu lebih lanjut tentang cara membina kekayaan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada generasi akan datang? Jangan lepaskan episod ini!


    Ikuti The Kaya Raya Podcast di platform podcast kegemaran anda. Mari sama-sama kita belajar tentang pengurusan kewangan Islam yang betul dan berkat.


    Perabot kami ditaja oleh Planet Plus SG - Untuk tawaran yang hebat, layari website https://www.facebook.com/PlanetPlusSG/


    Tontoni di YouTube: https://www.youtube.com/@Thekayaraya


    Follow kami di:

    IG https://www.instagram.com/thekayaraya/

    TT https://www.tiktok.com/@thekayaraya?lang=en

    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show more Show less
    46 mins
  • Kuota Etnik HDB: Peluang dan Cabaran Pelaburan Hartanah [KayaRaya 08]
    Dec 9 2024

    Dalam episod ini, kami membincangkan topik yang penting untuk setiap pembeli rumah di Singapura - Dasar Integrasi Etnik (EIP) atau lebih dikenali sebagai kuota kaum HDB.


    Bersama tetamu istimewa kami:

    • En. Nizam Nawawi (Mr Nice), Senior Division Director, ERA Reality Network
    • Ustaz Kamal Mokhtar Shariah Advisor


    Antara perkara menarik yang dibincangkan:

    • Sejarah kampung ke HDB: Perkongsian pengalaman peribadi tetamu
    • Mengapa kuota kaum diperkenalkan dan kesannya
    • Peluang-peluang tersembunyi dalam sistem kuota
    • Tips memilih lokasi yang strategik
    • Rahsia pelaburan hartanah untuk masyarakat Melayu


    Jangan lepaskan episod informatif ini yang membongkar strategi dan panduan praktikal untuk menggunakan sistem kuota HDB kepada kelebihan anda!

    Ikuti Kaya Raya, podcast kewangan Islam pertama di Singapura di bawah Financial Coconut, bersama hos anda Tysha Khan dan Salihin.

    #KayaRayaPodcast #HartanahSingapura #HDB #PelaburanIslam #FinancialCoconut


    Perabot kami ditaja oleh Planet Plus SG - Untuk tawaran yang hebat, layari website https://www.facebook.com/PlanetPlusSG/

    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show more Show less
    49 mins
adbl_web_global_use_to_activate_T1_webcro805_stickypopup
No reviews yet